SAYA DAH AGAK….!!! Respon Berani MATI Bekas Tunang Adira Selepas Dapat Tahu Adira Nikah Datuk Seri

No Comments
#KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin tidak terkejut dengan berita perkahwinan bekas tunangnya penyanyi Adira yang heboh diperkatakan pada Isnin lalu.
#Shahrul, 29, berkata, Adira bukan lagi urusan peribadinya dan wanita berkenaan berhak mencari kebahagiaan untuk dirinya sendiri.
#“Saya tahu Adira berkahwin daripada seorang kawan tetapi saya tidak terkejut kerana kami tiada sebarang ikatan lagi.
#“Terpulang kepada dia kerana itu adalah kehidupannya dan sebagai rakan saya hanya boleh mendoakan kebahagiannya dan suami,” katanya kepada mStar Online.
#Shahrul berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert 5 Divo di Bukit Damansara di sini, Selasa.
#Terdahulu, Adira mengakui sudah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Datuk Seri Adnan Abu selepas hanya tiga minggu berkenalan.
#Sebelum itu, gosip mengatakan Adira sudah berkahwin dengan lelaki berkenaan tersebar luas sejak Khamis lalu.
#Gosip tersebut bertambah kuat apabila isteri pertama Adnan yang dikenali sebagai Datin Red mendedahkan di ruang komen menerusi gambar dimuat naiknya bahawa dia dan Adira kini berkongsi suami.
#Adira sebelum ini pernah bertunang dengan Shahrul Nasrun Kamarudin pada 22 Disember tahun lalu namun ikatan berkenaan putus pada pertengahan April lalu.
#Dalam pada itu, Shahrul berkata, dia berharap Adira bahagia dengan pilihannya dan menjaga rumah tangganya dengan baik.
#“Kehidupan berkahwin berbeza dan saya berharap dia menjaga rumah tangga dengan baik, bersikap lebih matang dalam setiap keputusannya,” katanya.
#Shahrul turut meminta peminat tidak mengecam Adira yang tidak berpuas hati dengan keputusan penyanyi itu berkahwin secara tiba-tiba dan mendoakan kebahagian pasangan itu.
#Dalam perkembangan lain, Shahrul berkata, gosip mengatakan dia sudah bertunang dengan usahawan kosmetik iaitu Fatin Amira adalah tidak benar.
#Shahrul bagaimanapun mengakui sedang menjalinkan hubungan dengan wanita tersebut dan merancang untuk bertunang pada tahun hadapan.
#“Benar saya berkawan dengan Fatin tetapi kami belum bertunang seperti dilaporkan.
#“Insya-Allah perancangan itu ada mungkin tahun hadapan,” ujarnya.

back to top