BOLEHKAH SESEORANG MUSLIM ITU MENGUCAPKAN ‘MERRY CHRISTMAS’ ? INI JAWAPAN DARI DR.MAZA & USTAZ AZHAR

No Comments
Hukum Ucap & Sambut Hari Krismas.png
Bolehkah Seseorang Muslim itu Mengucapkan  ‘Merry Christmas’ ? Ini JAWAPAN Dari Dr.MAZA & Ustaz Azhar Idrus
Saban tahun tiap kali tibanya Hari Krismas, pasti ada yang umat Islam yang berselisihan faham dengan sambutan perayaan ini. Ada yang berkata boleh. Dan ada yang kata haram.
Sebenarnya, Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian. Ia disambut setiap tahun pada tarikh 25 Disember bagi memperingati (kepercayaan mereka) kelahiran Jesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian.
Jadi sebagai seorang muslim, bolehkah kita ‘memberi ucapan Merry Christmas‘ kepada penganut agama Kristian? Apa Hukumnya?
Dr. MAZA berpendapat:
” Boleh mengucapkan selamat hari raya kepada agama lain sempena perayaan mereka dengan syarat, ucapan tersebut tidak mengandungi ungkapan yang syirik atau kufur seperti menyebut ‘anak tuhan’ atau tuhan selain Allah swt. Maka memadai sekadar ‘Selamat Hari Raya’ atau ‘Selamat Bergembira’ atau seumpamanya.”
Hal ini lebih dituntut jika semasa perayaan Islam (Aidilfitri & Aidiladha) mereka mengucapkannya.
Maka tidaklah ‘lari akidah’ seseorang muslim itu dengan hanya sekadar berkata ‘Merry Christmas’.
Hukum-Orang-Islam-Ucap-Merry-Christmas.jpg
Sebaliknya, yang HARAM itu adalah kita (muslim) yang tiada apa-apa kaitan, turut merayakan atau meraikan perayaan Krismas ini seolah-olah kita ini juga Kristian.
Firman Allah swt; “Bagimu agamamu, bagiku agamaku.” (Surah Al-Kafirun: 6)
Ustaz Azhar Idrus menjelaskan:
Begitu juga dengan perayaan agama lain.

back to top