ketika tidur. Namun realitinya, kebanyakkan wanita yang telah bersuami tahu akibatnya.
Jika ini tidak berlaku pada wanita itu, itu kena tanya sang suami nya. Jadi apakah yang berlaku?
Jika ini tidak berlaku pada wanita itu, itu kena tanya sang suami nya. Jadi apakah yang berlaku?
1. Wanita akan mengandung.
2. Lahirlah generasi warisan pasangan tersebut, itu lah jawapannya.
Betul ke? Lu pikir lah sendiri.
“Melihat
ibu menderita akibat kanser payudara, membuatkan saya risau. Sebab
itulah hingga kini, saya mengelak daripada tidur dengan memakai bra,”
ujar seorang pelakon drama televisyen.
Kata-katanya
yang mungkin didengari oleh jutaan penonton di Indonesia itu, seperti
mengesahkan bahawa memakai bra ketika tidur boleh menyebabkan kanser
payudara. Akibatnya, ramai wanita mengelak daripada mengenakan bra
ketika tidur.
Benarkah
memakai bra ketika tidur boleh menyebabkan kanser payudara? “Tidak
benar. Memakai bra semasa tidur tiada kaitan dengan kanser payudara,”
kata Dr. Febriansyah, seorang Doktor Pakar Sakit Puan di RSIA Kemang
Medical Care, Kemang, Jakarta Selatan. Menurut beliau, tiada masalah
untuk wanita mengenakan bra ketika tidur.
“Dengan
syarat, bra yang dipakai adalah jenis tidak berdawai kerana bra seperti
itu membuatkan payudara tertekan. Akibatnya, aliran darah tidak lancar
sekali gus mempengaruhi kesihatan payudara,” jelas Dr. Febriansyah.
Beliau
berkata, adalah lebih baik untuk tidak memakai pakaian dalam ketika
tidur supaya darah dapat mengalir lebih lancar dan tubuh menjadi lebih
relaks serta terasa lebih segar apabila bangun.
Tambah
beliau, “Jika payudara tertekan, bra akan menghalang aliran darah
sehingga mengakibatkan beberapa masalah seperti sengal dan sakit.”
Begitu
juga dengan lelaki. Menurut Dr. Febriansyah, dakwaan mengatakan lelaki
yang memakai seluar dalam ketika tidur berisiko menjadi mandul, adalah
tidak benar.
“Seelok-eloknya,
lelaki tidak memakai seluar dalam yang ketat ketika tidur. Tujuannya
sama, supaya tiada tekanan pada alat kelamin dan darah dapat mengalir
lancar,” ujar beliau.
Lelaki
boleh memakai seluar semasa tidur, asalkan ia longgar seperti seluar
boxer. Baik lelaki mahupun wanita, harus mengenakan pakaian longgar
atau tidak terlalu ketat semasa tidur.
“Memakai
seluar dalam yang terlalu ketat akan menyebabkan peredaran udara pada
vagina seseorang wanita, terganggu. Keadaan ini boleh menimbulkan
masalah keputihan,” kata Dr. Febriansyah.
Selain
longgar, lelaki mahu pun wanita harus memakai pakaian yang mampu
menyerap peluh. “Ini kerana semasa tidur, tubuh manusia berpeluh.
Justeru, elakkanlah daripada memakai pakaian bahan poliester kerana bahan itu tidak menyerap peluh,” tegas beliau.